I made this widget at MyFlashFetish.com.

Myspace Online Now Icons
Myspace Online Now Icons

Myspace Comments Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 30, 2011

cintaku x bersebab

Cinta Tak Perlukan Sebab
Seorang isteri bertanya kepada suaminya, "Abang, kenapa abang cintakan saya?". Si suami lantas menjawab, "Saya tidak ada sebab untuk cintakan awak". Si isteri marah dengan jawapan suaminya. "Abang memang tak cintakan saya. Dah tak sayangkan saya. Kawan-kawan saya yang lain, suaminya ada sebab kenapa cintakan mereka. Tapi abang langsung tidak ada sebab".
 suami mendekati isterinya dan cuba memujuk. "Ya, sayang. Saya cintakan awak kerana tubuh awak yang menarik, wajah awak yang cantik, gelak tawa awak, senyum manis awak, tutur kata awak dan sinar mata awak yang menawan. Kerana itu saya cintakan awak". Si isteri amat gembira mendengar kata-kata suaminya.

Satu hari, si isteri mendapat kemalangan jalanraya. Si suami telah diberitahu dan dia terus bergegas ke hospital untuk melihat keadaan isterinya. Setibanya dia di hospital, doktor memberitahu keadaan isterinya. Si suami hanya tertunduk kesedihan. Dia pun pergi ke bilik isterinya. Dia menangis kesedihan melihat isterinya yang koma dan lumpuh. Dia mendekati isterinya yang terlantar. Di sebelah isterinya, dia duduk melihat isterinya dan menatap wajahnya yang cacat kerana kemalangan tersebut. Tangan isterinya digenggam erat. Dia pun berkata,

"Jika saya cintakan awak kerana susuk tubuh awak, saya tidak boleh cintakan awak kerana keadaan awak yang lumpuh. Jika saya cintakan awak kerana wajah awak yang cantik, saya tidak boleh lagi cintakan awak kerana wajah awak yang cacat sekarang. Jika saya cintakan awak kerana gelak tawa awak, saya tidak boleh cintakan awak kerana awak tidak lagi gembira bergelak ketawa. Jika saya cintakan awak kerana senyum manis awak, saya tidak boleh lagi cintakan awak kerana awak kini berwajah muram. Jika saya cintakan awak kerana tutur kata awak, saya tidak boleh lagi cintakan awak kerana awak kini hanya diam membisu tanpa kata. Dan jika saya cintakan awak kerana sinar mata awak, saya tidak boleh lagi cintakan awak kerana kini hanya kesuraman yang terpancar di mata awak
Kerana itu saya tidak ada sebab untuk cintakan awak. Saya cintakan awak kerana diri awak seadanya. Saya takut, jika saya cintakan awak kerana sesuatu sebab, saya akan berhenti daripada mencintai awak sekiranya sebab itu hilang. Saya tetap cintakan awak walau apa pun keadaan awak"
Si isteri hanya menangis dalam koma mendengar kata-kata suaminya..
Oleh itu, jangan lah kita mencintai seseorang kerana sesuatu sebab. Terimalah dia seadanya. Hati kita yang membenarkan untuk cinta bertapak, maka izinkanlah rasa cinta itu bebas tanpa sebarang kompromi atau sekatan

No comments:

Post a Comment